DENGAN NAMA ALLAH yang MAHA PENGASIH lagi PENYAYANG
MASUKLAH ANTUM ke site ana DENGAN PENUH KEBERKATAN
MENYEBUT NAMA-NYA=)
< >< >< >< >
<=UKHUWAH FILLAH ABADAN ABADA> [ Copy this | Start New | Full Size ] AKU berjihad hanya pada jalan ALLAH AKU bersembah hanya pada ALLAH AKU berdoa hanya pada ALLAH AKU berduka hanya pada ALLAH AKU berkasih hanya pada ALLAH TAHUKAH???KATA-KATA yang MENYAKITKAN HATI lebih TAJAM dari PEDANG ''Janganlah mudah kita melemparkan kata-kata nista kepada orang lain sebab mungkin orang yang dinista itu lebih baik daripada kita. Orang yang baik juga sentiasa menjaga lidahnya daripada menyakiti hati orang lain'' I'M PROUD TO BE ISLAM If Allah is with you, then whom do you have to fear? If Allah is against you, then what hope do you have?” “Truly in the heart there is a sadness that can not be removed except with the happiness of knowing Allah and being true to Him. And in it there is an emptiness that can not be filled except with love for Him and by turning to Him and always remembering Him. And if a person were given all of the world and what is in it, it would not fill this emptiness.” - Ibn Al-Qayyim Tujuh petanda kebahagiaan dunia Dari Ibnu Abbas ra, ada 7 petanda kebahagiaan dunia, iaitu : 1. Qalbun syakirun atau hati yang selalu bersyukur 2. Al azwaju shalihah, iaitu pasangan hidup yang soleh 3. Al auladun abrar, iaitu anak yang soleh 4. Albiatu sholihah, iaitu lingkungan yang kondusif untuk iman kita 5. Al malul halal, atau harta yang halal 6. Tafakur fi dien, atau semangat untuk memahami agama 7. Umur yang barakah - ertinya umur yang semakin tua semakin soleh, yang setiap detiknya diisi dengan amal ibadah. Nasihat hidup bahagia Barangsiapa menginginkan teman, cukuplah Allah menjadi temannya. Barangsiapa menginginkan kekayaan, cukuplah qana’ah menyertainya. Barangsiapa menginginkan nasihat, cukuplah kematian menasihatinya. Barangsiapa menginginkan harta simpanan, cukuplah Al-Quran menjadi barang simpanannya. Barangsiapa yang tidak cukup dengan keempat-empat hal ini, cukuplah neraka baginya. Betrayal - The Silent Hemorrhage FOR a number of people, the feeling of having been disowned by their most trusted was the greatest and most profound insult, causing deep wounds in the self-as-a-whole. Most felt they had given up their innocence, their physical, mental and spiritual wholeness, for no meaningful reason. And to have defend themselves helplessly against the careless abandon, cold disregard and dishonorable values and ideals, compounded the hurt. Few can comprehend and cope psychologically with such rejection and unspoken violence to their pride and humanity. -Anonymous “Don’t toy with trust, you might injure someone for good” MARI KITA AMALKAN SEKETIKA KALENDAR HIJRI BUAT SITE ANA KHAS UNTUK RUJUKAN SEMUA^_^ SEUNTAI KATA BICARA DI HATI HAMBA =============================== Ya Allah, gantikanlah penderitaan ini dengan kesenangan, balasan kesedihan sebagai hal yang menggembirakan, dan hilangkanlah perasaan takut ini kepada ketenteraman. Ya Allah, sejukkan gelora hati dengan salji keyakinan, dan padamkan gelojak api jiwa dengan air keimanan. Ya Allah, berikanlah rasa mengantuk sebagai menyamanan bagi mata yang tidak dapat pejam. Berikan rasa damai bagi jiwa- jiwa yang resah ini suatu kedamaian, dan berikanlah dengan kemenangan yang nyata. Ya Allah, hindarkan kami dari segala kesedihan, hilangkan kesengsaran, dan jauhkan segala kegelisahan dari jiwa-jiwa kami. Kami berlindung kepadaMu dari segala ketakutan,kecuali hanya takut kepadaMu. Kami berlindung dan bertawakal, hanya kepadaMu. kami berlindung dari kepasrahan kecuali hanya pasrah kepadaMu. Kami meminta hanya kepadaMu, memohon pertolongan hanya kepadaMu. Hanya Engkaulah sebagai pelindung kami, kerana Engkaulah sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong -Dr 'Aidh Al- Qarni- Buku La Tahzan MEMORI KASIH =============== Assalamualaikum dan ahlan wa sahlan ana ucapkan pada antum yang berkunjung ke "Diari Muslimah Puteri Harapan".Alhamdulilah segala puji bagi Allah s.w.t tuhan seru sekalian alam, atas izin-Nya serta kasih sayang-Nya maka ana dapat meneruskan perjuangan dalam memperbaiki site ana yang x seberapa ini. Sudah agak lama ana tak bersua ke site ana dan updatekan ya Allah sedihnya...apapun hati ana x pernah luput dari terus nak berdawa' kerana we are full time mulslim...everyday kena da'wa=) hihi...apapun kita teruskan dengan tabah.... ^_^ Selawat dan salam bagi junjungan Nabi Muhammad s.a.w, atas berkat kegigihan dan kasih sayang-Nya pada umat hingga syiar islam berjaya dikembangkan hingga ke tanah nusantara ini dan menyinari hati-hati kita semua.Doa dan keampunan untuk diri serta ibu bapa yang melahirkan dan mendidik kita dengan penuh kepayahan serta pengorbanan. Semoga segala perjuangan kita memberi walau sedikit sinar pada hati-hati yang kegersangan pada jiwa yang terluka serta pada diri yang lemah menghadapi segala ranjau kehidupan. Allahuma Salli A'la Muhammad^_^ CERITA HATI ========== Tuhanku ampunkanlah segala dosaku Tuhanku maafkanlah kejahilan hambaMu Ku sering melanggar laranganMu Dalam sedar ataupun tidak Ku sering meninggalkan suruhanMu Walau sedar aku milikMu Bilakah diri ini kan kembali Kepada fitrah sebenar Pagi kuingat petang kualpa Begitulah silih berganti Oh Tuhanku kau pimpinlah diri ini Yang mendamba CintaMu Aku lemah aku jahil Tanpa pimpinan dariMu Kau pengasih Kau penyayang Kepada hamba-hambaMu Selangkah ku kepadaMu S eribu langkah Kau padaku Ku sering berjanji di hadapanMu Ku sering jua memungkiri Ku pernah menangis keranaMu Kemudian kerawa semula Kutakut kepadaMu Ku mengharap jua padaMu Mogakukan selamat dunia akhirat Seperti rasul dan sahabat DI KALA Dinihari HATI HAMBA MENANGIS Ya... ALLAH KETIKA HATI HAMBA MENANGIS ========================= Tuhanku, ketika hati sedang menangis hanya Engkau saja yang tahu betapa merananya diriku tak mungkin yang lain tahu... Tuhanku, ketika mereka meninggalkan aku sendiri terkapai-kapai ketika dunia tiada simpati kau tetap mendengar rintihanku padaMu tempatku menagih kasih ketenangan kurasa mendekatiMu syahdu malam tak terasa sunyi... Tuhanku, ketika aku dalam kepayahan keseorangan dihimpit beban derita Kau beri aku kesabaran pengalaman mengajar erti kematangan lantas kau membuka pintu hatiku untuk memberi kemaafan pada mereka yan pernah melukakanku.. pada mereka yang terus melukakanku... dan pada mereka yang tersedar kerana melukakan.. Tuhanku, ketika aku buntu keliru dengan masa depanku kau berikan aku kekuatan Kau tunjukkan aku jalan peluang kedua yang sungguh bermakna sebagai penyuluh hidupku menebus usia yang sia-sia mengganti semalam yang pergi memperbaiki kelemahan diri mempelajari pengajaran dari kesilapan menimbus kekecewaan dan dendam Moga tiada lagi aku bercita-cita lemas di laut atau terlanjur menelan berlebihan pil sungguh pelik bunyinya tetapi benar hanya kau saja yang mengerti hatiku terseksa sekian lama kini akhirnya bangkit semula melupakan episod terakhir dan menyambut lembaran baru... Tuhanku Yang Maha Pengasih rahmatMu tak terkira syukurku melangit pun tak tercapai sungguh aku rasa berdosa kerana dulu sering terlalai semoga penyesalanku kau terima... MARILAH KITA SEMUA BERSELAWAT KE ATAS Rasulullah s.a.w DULU=) "SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL" BUATMU MUSLIMAH PUTERI HARAPAN KU TITIP SEBUAH BICARA =================================================== YA ALLAH SYUKUR DI ATAS NIKMAT PANCAINDERA-MU. ============================================= Dengan penglihatan Aku dapat melihat segala kekuasaan-MU, Mengagumi segala kebesaran-Mu Namun.. Dengannya jualah aku melakukan kemungkaran pada-MU, Menjerumuskan diriku ke lembah dosa, Melihat pada yang tak sepatutnya, Membuatkan diri ini alpa saat hidayah-Mu tiba. Seketika kutersedar… Mungkin belum terlambat, Untukku pahatkan dalam diri, Bahawa.. Aku mahu berubah!!! Ya Allah, Jika dulu aku angkuh di bumi-MU, Alhamdulillah.. Hidayah-MU mematahkan keangkuhanku, Membangunkan sifat malu, Yang selama ini tersorok dalam diri, Kutundukkan pandanganku, Yang selama ini meliar! Kutimbulkan kekeliruan pada teman-teman, Kutempis segala teguran sinis, Kutekadkan dalam kalbuku, Bahawa… Aku mahu berubah!! ! Ya Allah, Jika dulu aku lalai dalam menunaikan hak-MU, Terleka dengan duniawi, Terkadang kuabaikan ukhrawi, Subhanallah, Sesungguhnya kekuasaan-MU yang paling Agung, Kau sedarkanku di saat aku hanyut, Masih tak terlambat, Untuk suatu perubahan, Kuakur pada kekuasaan-MU, Lantas, Kulaungkan dalam hatiku, Aku mahu berubah!!! Ya Allah, Kupohon hidayah-MU, Duhai ayahanda dan bonda, sahabat-sahabat, serta teman-teman, Bantulah daku, Bimbinglah daku, Dalam mencari, Cinta yang paling Agung, Cinta yang Esa, Sesungguhnya, AKU MAHU BERUBAH!!! DIA HADIR DALAM HIDUPKU…ALANGKAH BAHAGIANYA… ============================================= DULU..... aku pernah mengecapi kebahagiaan, bersama-samanya aku leka, menghabiskan masa yang sepatutnya terisi dengan kegiatan yang lebih berfaedah. Walaupun di batasi benua, kami masih dapat mengekalkannya. Sehinggalah, pada suatu hari, di saat hati kami tidak lagi bersatu, bersangka baik dan tolenrasi tidak lagi menjadi pegangan. hati sakit. jiwa pedih. DAN PADA SAAT KECEWA ITU..... Kau hadir dalam hidup ku. mengetuk pintu hatiku. membawa seribu pengertian. tidak tergambar riangnya hati ini. Baru ku sedar, sudah lama Kau menabur benih kasih sayang terhadap ku. Cuma aku yang dalam ketidak sedaran. Sepanjang perhubungan ini, belum pernah Kau sakitkan hati aku, belum pernah Kau kecewakan aku. Berita-berita gembira yang Kau bawakan sentiasa menceriakan hidupku. Surat-surat cinta Kau layangkan menjadi peneman aku sehari-hari. Tidak pula ku jemu membacanya malah aku sentiasa dalam kerinduan untuk bertemuMu. Dan tidak pula Kau jemu menjagaku, di kala aku kesedihan, Kau kujadikan tempat meluahkan segala pengaduanku. DI KALA AKU GEMBIRA..... ku tahu Kau bersama aku pada ketika itu. Kita berkongsi kegembiraan bersama. Kau hadiahkan aku teman-teman sejati, teman-teman yang ikhlas dalam perjuangan mereka. Aku hargai pemberian itu, agar aku turut sama berada di landasan mereka. Walaupun masih lagi batasi, namun Kau rapatkan jurang itu, sehingga terasa Kau disampingku. NamaMu menjadi siulanku seharian. Ku tahu Kau sering menguji kasih sayangku, Kau uji kesetiaan ku. Sehinggakan dalam tak sedar aku pula menyakiti hati Kau. Maafkan aku wahai kekasih hati. Tidak mampu ku tandingi kehebatan cinta Kau. Sungguh. Inilah manis kebahagian yang aku nantikan. Aku pasti Kau tidak akan pernah meninggalkan aku. Hanya Kau dan aku. Kekasihku ALLAH s.w.t WAHAI HAWA ============ Assalamu’alaikum.. Sedarkah engkau sebelum datangnya sinar islam, kita dizalimi, hak kita dicerobohi, kita ditanam hidup-hidup, tiada penghormatan walau secebis oleh kaum adam, tiada nilaian dimata adam, kita hanya sebagai alat untuk memuaskan hawa nafsu mereka. Tapi kini bila rahmat Islam menyelubungi alam bila sinar Islam berkembang, darjat kita diangkat, maruah kita terpelihara, kita dihargai dan dipandang mulia, dan mendapat tempat di sisi Allah sehingga tiada sebaik-baik hiasan di dunia ini melainkan wanita solehah. Wahai Hawa, Kenapa engkau tak menghargai nikmat iman dan Islam itu? Kenapa mesti engkau kaku dalam mentaati ajaranNya, kenapa masih segan mengamalkan isi kandungannya dan kenapa masih was-was dalam mematuhi perintahNya? Wahai Hawa, Tangan yang mengoncang buaian bisa mengoncang dunia, sedarlah hawa kau bisa mengoncang dunia dengan melahirkan manusia yang hebat yakni yang soleh solehah, kau bisa mengegar dunia dengan menjadi isteri yang taat serta memberi dorongan dan sokongan pada suami yang sejati dalam menegakkan Islam di mata dunia. Tapi hawa jangan sesekali kau cuba mengoncang keimanan lelaki dengan lembut tuturmu, dengan ayu wajahmu, dengan lengguk tubuhmu. Jangan kau menghentak-hentak kakimu untuk menyatakan kehadiranmu. Jangan Hawa, jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum adam yang bukan suamimu. Jangan sesekali mengoda lelaki yang bukan suamimu, kerana aku khuatir ia mengundang kemurkaan dan kebencian Allah. Tetapi memberi kegembiraan pada syaitan kerana wanita adalah jala syaitan, alat yang dieksploitasikan oleh syaitan dalam menyesatkan Adam. Hawa, Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibubapamu, andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau seorang ibu didiklah anakmu sehingga ia tak gentar memperjuangkan ad-din Allah. Hawa, Andai engkau belum berkahwin, jangan kau risau akan jodohmu, ingatlah hawa janji tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan mengadaikan maruahmu hanya semata-mata kerana seorang lelaki, jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki, kerana kau bukan memancing hatinya tapi merangsang nafsunya. Jangan memulakan pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata turun ke hati, dari senyuman membawa ke salam, dari salam cenderung kepada pertemuan dan dari pertemuaan. Takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri. Hawa, Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuaannya, kemanjaannya, serta kemampuannya mengoncang iman mereka. Tetapi hawa, lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya, dan ad- dinnya. Lelaki yang baik tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut menberi kesempatan pada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang warak juga tak mahu bermain cinta sebabnya dia tahu apa matlamat dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita yakni perkahwinan. Oleh itu Hawa, Jagalah pandanganmu, jagalah pakaianmu, jagalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai kata ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah menyinari dan memenuhi jiwamu, biarlah hanya cinta kedua ibubapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga yang akan membahagiakan dirimu. Hawa, Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta dari insan yang juga menyintai Allah.Cintailah kedua ibubapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah. Cintailah keluargamu kerana tiada cinta selain cinta keluarga. Hawa, Ingatanku yang terakhir, biarlah tangan yang mengoncang buaian ini bias mengoncang dunia dalam mencapai keredhaan Illahi. Jangan sesekali tangan ini juga yang mengoncang keimanan kaum Adam, kerana aku sukar menerimanya dan aku benci mendengarnya.. TITIPAN KATA BUAT SAHABAT SEPERJUANGAN YANG TERCINTA =================================================== SEBUAH KISAH ============ TANGISAN LELAKI DI BUMI MESIR =========================== ``Hampir ku tangisinya ya Allah. Tidak! Sekali-kali tidak, aku tidak akan benarkan tangisan ini ditumpahkan lagi. Cukuplah ia pernah berderai dahulu,tidak lagi sekarang ,mata ini juga perlukan kerehatan. Benar, sukar sekali mata seorang lelaki untuk menangisi sesuatu ya Rahman. Apatah untuk meratapi sesuatu dihadapan manusia .Kerana diri ini tetap seorang lelaki ,yang punyai egonya sendiri.’’ ``Namun wahai Tuhanku,aku tidak mampu mengalah dari pinta hati ini ya Allah. Hanya engkau dan aku yang mengetahui kesakitan ,jerit tawa,senyumnya,dukanya dan pilunya Ya Allah. Oleh kerana engkau sahaja yang membelai hati ini wahai Pemilik hati, izinkan aku adukan padamu kesakitan hati ini.’’ Tuhan,aku kehilangan… Diari hambamu.. Saat kau disisi,aku tersenyum ,malah tiada senyuman semanis ini dpt aku ukirkan selain diwaktu disisimu,walau ia bukanlah terukir dibibir ini ,namun ku merasai kemanisannya. Sungguh! Di dasar hati yang tidak pernah diketahui oleh sesiapa melainkan aku dan Dia. Tika itu kau membelai-belai jiwa ini ,bahkan kau genggam hati ini agar ia tidak berbolak balik lagi. Aku merasai kenikmatanya. Dunia ini tiada apa bagiku bila kau disisi. Hari-hari ku penuh dengan kebahagian walaupun tika itu aku ditekan ,aku dicerca dan aku dihina. Tapi kau pun tahu,selagi kau disisi,semua itu tidak bererti bagiku..Tapi,itu dulu.. Ingatkah kau di malam itu? Aku termenung,lembaran langsir ku buka dan ku tatapi wajah bulan. Ku tatapi wajah bintang.‘Hei bulan..tidakkah kau pernah menangis? Tidakkah kau pernah bersedih? Tidakkah pernah berasa sengsara menanggung derita? ‘Hei bintang..kan best kalau aku jadi kau. Tiada duka,tiada sensara ..Pasti hidup kau gembira kan?..’ Namun bulan dan bintang membisu..aku pun turut membisu dan kau juga terus membisu waktu itu sambil memandangku penuh sayu..malangnya,kelibat dirimu kabur dimataku detik itu.. Untukmu, Tahukah engkau, aku merindukan sesuatu.Aku terasa kekosongan dalam diriku.Setiap langkahku menuju ke university longlai, renungan ku di papan putih semuanya pura-pura, sedangkan fikiranku entah melayang ke mana. Aku memujuk jiwaku agar memberikan haknya kepada seluruh pancainderaku. Namun ku tidak mampu. Aku rindu..Aku rindukan dirimu..Rindukan belaian mu.. Memang benar,aku akui ini semua salahku,semua ini berpunca dari diriku yang hina ini. Aku tidak pernah memberikan yang terbaik untukmu. Dulu aku bersungguh-sungguh ingin mendapatkan mu. Aku tahu sahabat-sahabat ku juga berusaha untuk mendapatkan dirimu.Untuk dirimu yang berharga,ku korbankan segala galanya. Harta,tenaga dan jiwa,semua adalah untukmu..kerana aku sgt sayangkanmu.. Aku juga teringat akan peristiwa-peristiwa kita dahulu.. Merisik Waktu itu kusingkapi tirai hidupmu,aku ingin mengenali siapakah dirimu sebenarnya,tempat tinggalmu,keluargamu,teman-temanmu..Aku bertanyakan pada sahabat-sahabatku yang pernah mengenalimu.Mereka juga ingin mengenalimu dirimu. Peliknya,aku gembira kerana mereka juga seperti aku. Benarlah,dirimu umpama mutiara yang tersimpan didasar lautan. Perlu diselam ,perlu tenggelam. Siapa yang lebih mendambakanmu,pasti berusaha kearah itu. Aku ingin menjadi salah seorang darinya. Meminang Setelah itu, aku yakin…Aku pasti..kau tercipta untukku. Alhamdulillah,pinanganku diterima olehmu. Aku mulai merasai kebahagiannya. Tidak sabar ingin menjadikan dirimu teman hidupku. Teman yang akan memegang hati kecilku tika ku jatuh,teman yang akan mengingatkan ku pada bila saat aku perlukanmu. itu semua dulu.. Tapi bila berlalunya waktu, dalam tidak ku sedari aku tidak lagi menyayangimu, tidak lagi membelaimu, tidak lagi bertanyakan khabarmu..
KeInDaHaN CiPtAaN ALLAH
KiSaH Di SeBaLiK HaTi HaMba
KiSah KiTa, CeriTa kita
ALuNaN SuArA PeNaWaR HaTi dan JiWa
Duhai sahabat yang ku sayangi...
Berbisiknya di hatiku ini...
semata-mata ingin menceritakan sebuah...
cerita hati...
Duhai sahabat yang ku rindui...
Bermulanya cerita kita...
Umpama sebuah hikayat pendeta...
Yang bisa difahami......
more
LaMaN LaYaRaNkU
UcApKaNLaH SiRaTaN HaTi
Ass wr wb, salam kenal dan persahabatan dari Moskow, mari kita berbagi di dunia maya, semoga bermanfaat guna menjalin ukhuwah yang makin erat di antara hamba-hambaNya. Selamat berkarya dan kompak selalu.
Assalamualaikum, moga dlm redhaNya selalu.
Assalamu'alaikum uktifillah... Afwan mau tanya nih...di malaysia harga bensin udah turun ya... Jazakillah...
Assalamu alaikum... salam kenal, ukti..